Intermittent Fasting
Terdapat banyak jenis diet yang individu di luar sana boleh cuba untuk kekal kurus antaranya adalah diet IF. Apa itu intermittent fasting dan bagaimana cara diet intermittent fasting?
Kami pasti anda semua ingin mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan apa itu intermittent fasting. Intermittent fasting juga dikenali secara ringkas dengan nama IF.
Ia adalah sejenis kaedah diet yang menyusun pemakanan mengikut jadual yang digilirkan antara waktu makan dan waktu untuk anda berpuasa.
Jika diet lain lebih memfokuskan berkenaan apa yang anda makan, cara diet intermittent fasting pula lebih menumpukan mengenai bila anda makan.
Intermittent Fasting (IF) merupakan sebuah diet yang berkonsep mengatur pola makan anda mengikut jadual yang tertentu. Menggunakan kaedah puasa sebagai medium utama diet, ia bukan sahaja menarik minat ramai individu beragama Islam malah individu beragama lain. Tidak terhenti disitu, IF juga sangat popular di dunia barat lebih-lebih lagi dalam kalangan para atlet dan selebriti. Kini di Malaysia, IF sering menjadi topik hangat di media sosial dan media massa yang lain.
Pendekatan IF adalah berbeza dengan pendekatan diet yang lain - seperti Diet Atkins, Diet Keto, Diet Kalori dan Diet Suku Suku Separuh - diet jenis ini lebih berfokus kepada pengaturan menu diet dan jenis makanan diet. Konsep diet seperti ini memerlukan perancangan dan pengamalan yang lebih terperinci dan teliti. Oleh itu, konsep ini agak membebankan bagi sesetengah pihak.
Sebaliknya, Diet IF hanya memerlukan pengaturan tempoh waktu makan (4 - 16 jam) dan waktu berpuasa (8 - 24 jam) mengikut tahap dan kesesuaian setiap individu. Bukan itu sahaja, malah tidur juga boleh dikira sebagai tempoh berpuasa. Ini menyebabkan ramai yang tertarik dan beranggapan konsep IF lebih sesuai dan mudah untuk diamalkan.
Bagaimana Cara Intermittent Fasting Diamalkan?
IF akan membahagikan rutin seseorang kepada dua tempoh waktu. Tempoh waktu itu terdiri dari fasa makan dan fasa berpuasa. Tidak ada menu Intermittent Fasting yang khusus, namun anda amat disarankan untuk mengambil makanan yang sihat dan seimbang. Selain itu, anda juga perlu bersenam, bersukan, berkebun atau melakukan aktiviti fizikal yang lain agar kekal sihat dan cergas.
Bagi tempoh fasa berpuasa,
Waktu tidur (8 jam) boleh dikira sebagai tempoh fasa berpuasa.
Anda hanya boleh minum air masak, teh hijau, teh dan kopi yang tidak mengandungi susu mahupun gula.
Sesetengah kaedah akan menghadkan jumlah kalori harian anda.
Anda digalakkan untuk meneruskan aktiviti harian seperti biasa.
Bagi tempoh fasa makan,
Anda digalakkan untuk makan dan minum sebanyak 3 kali/sesi dalam tempoh 4-16jam tersebut.
Makanan dan minuman yang sihat dan seimbang perlu diutamakan (i.e. salad & jus buah-buahan).
Anda digalakkan untuk menjauhi makanan & minuman yang tinggi kandungan gula, garam, lemak dan minyak.
Anda digalakkan untuk menjauhi makanan & minuman yang diproses dari kilang.
Inginkan bantuan menjaga kesihatan badan? Dapatkan suplemen anda sekarang.
Terdapat 7 jenis IF yang boleh diamalkan
1. Overnight Fasting
Overnight fasting atau puasa semalaman, memerlukan anda untuk berpuasa minimum selama 12 jam sehari. Sebagai contoh, anda mula berpuasa pada pukul 8 malam dan berbuka pada pukul 8 pagi keesokan hari. Istimewanya kaedah ini adalah, waktu tidur anda akan merangkumi sebahagian besar waktu berpuasa !
2. Time - Restricted Fasting
Time - Restricted Fasting atau puasa pada waktu tertentu, memerlukan anda untuk berpuasa sekitar 14 hingga 16 jam sehari. Sebagai contoh, anda mula berpuasa pada pukul 5 pagi dan berbuka pada pukul 7 malam (total 14 jam). Menariknya ini merupakan tempoh waktu berpuasa yang kebiasaannya dialami oleh masyarakat Islam pada bulan Ramadhan. Jadi, lebih mudah untuk dipraktikkan.
3. Whole Day Fasting
Whole Day Fasting atau puasa seharian, memerlukan anda untuk berpuasa selama 24 jam sehari. Sebagai contoh, anda mula berpuasa pada pukul 9 malam dan berbuka pada pukul 9 malam keesokan hari (total 24 jam). Jangan terkejut! Kerana ramai yang telah berjaya mengamalkannya. Namun tergantung kemampuan masing-masing, apakah anda mampu melaksanakannya setiap hari atau 1 kali dalam seminggu. Puasa seharian ini juga dikenali sebagai One Meal A Day Diet (diet OMAD), Warrior Diet, Eat Stop Eat Approach dan lain-lain.
4. Alternate Day Fasting
Alternate Day Fasting atau puasa selang sehari, adalah seperti namanya. Sebagai contoh anda berpuasa pada hari Isnin, Rabu, Jumaat, Ahad, Selasa, Khamis dan seterusnya. Pada hari yang ditetapkan berpuasa, anda hanya boleh makan dan minum dengan jumlah maksima 500-600 kalori sahaja.
5. 5:2 Fasting
5:2 Fasting atau puasa dengan ratio 5:2. Jika mengikut kaedah ini, anda hanya akan berpuasa berpuasa 2 hari sahaja dalam 1 minggu. Sebagai contoh anda berpuasa pada hari Isnin dan Khamis setiap minggu. Sama seperti kaedah puasa hari berselang-seli, anda hanya boleh makan dan minum sebanyak 500-600 kalori pada hari anda berpuasa.
6. Skipping Meals Fasting
Skipping Meals Fasting atau puasa melangkau waktu makan. Bagi teknik ini anda perlu meninggalkan beberapa waktu makan. Sebagai contoh anda tidak mengambil sarapan, namun memilih untuk makan tengah hari, kemudian tidak mengambil makan malam. Kaedah ini hanya berhasil sekiranya makanan tengah hari anda tidak melebihi kuantiti kebiasaan atau dalam kata lain elakkan binge eating.
7. Choose-Your-Day Fasting
Dikategorikan sebagai kaedah yang paling ringan, jika anda mengamalkan Choose-Your-Day Fasting atau puasa hari pilihan sendiri, anda bebas memilih untuk berpuasa pada hari yang anda mahu. Tidak ada syarat yang khusus, anda hanya digalakkan untuk berpuasa mengikut garis panduan umum. Jumlah hari dan waktu adalah fleksibel mengikut kemampuan anda!
Manfaat IF kepada kesihatan tubuh
Mengurangkan:
tekanan darah
tekanan oksidatif
risiko kanser
Meningkatkan:
kadar perbaikan sel tubuh badan (baca: autophagocytosis)
pembakaran lemak
pelepasan hormon pertumbuhan
kadar metabolisme
Memperbaiki:
kawalan nafsu dan selera makan
kawalan gula darah
fungsi sistem kardiovaskular
fungsi sistem saraf
Sebagai kesimpulannya, IF adalah satu kaedah diet yang terbukti menyihatkan dan berkesan, dan memerlukan kesabaran dan kesungguhan yang tinggi untuk mencapai goal yang ditetapkan.
Akan tetapi, pada permulaan ianya boleh mengakibatkan kelaparan, penurunan tahap energy, sakit kepala, nafas berbau, kitaran haid terganggu dan macam-macam lagi.
Oleh itu, sila dapatkan khidmat dan nasihat daripada doktor samada sebelum, semasa mahupun selepas menjalani proses IF ini sekiranya anda rasa ianya memudaratkan kesihatan anda. Selagi ada kudrat, jangan sesekali biarkan berat kita mencapai obesiti.
Bila sampai tahap overweight dan obesiti, ia akan membahayakan kesihatan. Untuk rujukan lain tentang IF boleh juga baca artikel intermittent fasting ini.
BERMINAT?
Hubungi kami PENGEDAR SAH SHAKLEE
0179543753
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#blogmegashaklee
Ulasan
Catat Ulasan